Pentingnya menjana pendapatan tambahan.

Peningkatan kos hidup dan lain-lain seperti makan dan minum telah membawa kita ke arah yang sangat menakutkan sekali. Iaitu KEMISKINAN. Anda mungkin tidak merasainya kerana anda memakai KAD KREDIT.

Anda hanya perlu SWAP sahaja untuk membeli barangan yang anda mahukan. Saya berasa sangat ironi melihat orang membayar memakai kad kredit mereka. Saya tidak menganggap ianya salah kerana memang ada masanya kita memakai kad kredit. Tetapi ia mula menjadi masalah apabila anda membelihampir SETIAP pembelian anda menggunakan kad kredit.

Tetapi satu perkara membuatkan saya terfikir. Kenapa orang pakai kad kredit? Jawapannya TIDAK ADA DUIT. Walaupun anda mungkin memberikan 1001 macam alasan kenapa anda memakai kad kredit. Jawapan yang paling menghampiri kepada kenapa memakai kad kredit ialah TAKDE DUIT.

Mungkin anda rasa saya EXAGGERATE di sini, tapi biar saya beritahu anda kenapa. Jika anda perasan, kenaikan harga barang di negara kita yang tercinta ini sangat aneh. Boleh kata setiap tahun akan ada pertambahan harga  sehingga 15% daripada harga asal. Tapi ianya dilakukan secara perlahan-lahan sehingga anda tidak PERASAN.

Contoh:
  • duit minyak - RM1.90
  • harga ikan - +RM5>
  • harga ayam - +RM1
  • barang kawalan - +RM0.50-1.00
Dan banyak lagi. Jika duit minyak, jika anda sebelum ini anda gunakan RM300 duit minyak, bermakna kini anda akan membayar RM317.00. Itu baru duit minyak, belum lagi duit lain lagi. Kalau gaji anda hanya RM2000 dan anda mempunyai keluarga, saya jamin anda mempunyai hutang sekurang-kurangnya RM250-500 sebulan.

Itu hanyalah paling minimum. Jika anda tidak percaya, anda boleh ambil semua pembelian yang anda buat dari tahun lepas hingga tahun ini kemudian anda tengok sendiri macam mana perbelanjaan anda bertambah walaupun anda membeli barang yang sama.

Saya tidak akan bercakap tentang macam mana kerajaan tidak adil atau orang kaya ambil duit kita. Hakikatnya, kita membeli setiap hari. Setiap hari kita perlu menggunakan barang dan untuk itu kita perlu membelinya. Tapi jika kita membelinya kita terpaksa membayarnya. Kalau tidak ada duit, pastilah anda berhutang.

Ramai kata pada saya mereka tidak perlu membuat duit tambahan. Tapi orang yang sama bukan sahaja berhutang dengan bank malah berhutang dengan kawan-kawan. Kawan-kawan tu pulak berhutang dengan bank dan juga kawan-kawan lain. Anda rasa ini sesuatu yang sihat.

Saya rasa tidak. Malah saya sentiasa rasa ada yang tidak kena dengan trend hidup masa kini. Tapi yang paling penting ialah kita mengambil TINDAKAN untuk mengatasi masalah ini. Dan hanya satu sahaja caranya iaitu membuat duit tambahan.

Untuk membuat duit tambahan, kita perlu tahu apa kepakaran kita. Adakah kita sesuai untuk berniaga atau bekerja di bawah orang. Tidak semua orang boleh menjadi ahli perniagaan tapi semua orang boleh melakukan sesuatu untuk mengubah hidup mereka.

Maka amatlah penting untuk anda membuat duit tambahan supaya anda tidak perlu berhutang lagi kerana jika anda terus berhutang, kita tidak tahu bila kita akan mati. Dan jika kita mati dalam keadaan berhutang, maka sesahlah kita nanti.

No comments:

Post a Comment

ping websitehostgator coupons