Fast Track

Sekarang Tunetalk membuat satu program yang dipanggil fast track untuk memberi motivasi kepada pengguna Tunetalk untuk menjana pendapatan yang lebih banyak melalui Tunetalk.

Bagi setiap direct referral anda akan mendapat RM20. Ini bermakna bagi setiap subscriber, anda akan mendapat RM400 jika akan sign up 20 orang.

Dengan cara ini, anda dapat menjana pendapatan dengan lebih banyak melalui Tunetalk.

Tunetalk

"Bagaimana Tunetalk Boleh Membantu Anda Membayar Duit Topup Hujung Bulan Ini, Jimatkan Duit Anda Sampai RM43 Dan Dilindungi Insurans Sebanyak RM100,000."

"Anda juga berpeluang untuk menikmati penerbangan
percuma AirAsia. Maklumat di bawah."

Daripada: Abdul Ghaffar
Febuari 17, 2011

Realiti: ramai yang tidak mempunyai sebarang klu bagaimana untuk membuat duit dengan prepaid. Mereka pernah mendengarnya tapi tidak tahu macam mana mereka boleh buat duit dengannya.

Ya, kebanyakan mereka tak tahu untuk menjadikannya satu sumber pendapatan lumayan walaupun ianya sesuatu yang mudah.

Biar saya terangkan.

Apabila seorang lelaki yang membenci monopoli syarikat telekomunikasi bertemu dengan usahawan berjaya, mereka melahirkan sebuah idea menarik. Idea di mana syarikat baharu mereka bersaing dengan memberi perkhidmatan prepaid termurah di pasaran.

Mereka tidak kira---janji mereka dapat pelanggan yang banyak dengan menyediakan perkhidmatan termurah untuk anda.

Pelancaran rasmi Tunetalk pada tahun 2009.

Tunetalk memanaskan arena prepaid

Tunetalk menawarkan panggilan tempatan pada 32 sen seminit, sekurang-kurangnya 33 peratus lebih murah berbanding kadar-kadar yang ditawarkan operator lain.

Tunetalk, the newest mobile operator in town, has upped the ante by offering the lowest prepaid rate.

Syarikat ini memberi caj 32 sen untuk panggilan tempatan, yang 33 peratus lebih murah daripada kebayakan kadar asas diawarkan oleh operator lain. Mesej teks kosnya 15 sen seorang..

"Kami ingin memberi nilai dan kemudahan kepada pelanggan kami," kata pengerusi Tunetalk, Datuk Seri Tony Fernandes di Sepang semalam.

Syarikat itu, yang mempunyai pelan untuk melaburkan sebanyak RM40 juta dalam 5 tahun berikut, menghadap kadar pulangan pelaburan positif seawal 6 bulan penubuhannya.

Mereka juga berharap untuk mendapat satu juta pelanggan dalam setahun dengan memanfaatkan perniagaan lain kumpulan syarikat itu dalam penerbangan, perhotelan dan perkhidmatan kewangan.

"Kami percaya sasaran ini dapat dicapai," tambah beliau.

Dalam 12 bulan berikutnya, Tunetalk berharap dapat menandatangani perjanjian dengan operator mobile virtual network (MVNO) luar negara dan diikuti dengan lagi satu perjanjian MVNO luar negara setiap 6 bulan.

"Kami sedang melihat Indonesia, Singapura, Thailand serta syarikat-syarikat lain dalam Asia Tenggara," kata CEO Tunetalk, Jason Lo.

Tunetalk merupakan MVNO keempat yang dilancarkan selepas Merchantrade, XOX dan REDtone.

MVNO ialah syarikat yang menawarkan perkhidmatan telefon bimbit seperti suara dan mesej teks, tanpa memiliki spektrum sendiri. Mereka menggunakan spektrum operator telefon bimbit sedia ada.

Dalam kes Tunetalk, ianya menggunakan network Celcom (Malaysia) Bhd.

CEO Celcom, Datuk Seri Shazali Ramly percaya perkidmatan yang ditawarkan Tunetalk tidak akan bersaing dengan perkhidmatan prepaidnya sendiri.

"Mungkin ada pertindihan perkhidmatan tapi kami selesa dengannya" kata beliau.

Perkhidmatan Celcom lebih fokus kepada pengguna muda.

Tindakan Tunetalk mungkin menyebabkan perang harga berlaku antara operator telefon bimbit..

"Saya fikir Tunetalk akan menjadi halangan lebih besar kepada Hotlink dan Digi dan mungkin mencipta perang harga," kata penganalisis daripada syarikat penyelidikan pasaran di sini..

Tunetalk juga mempunyai pelan untuk menawarkan perkhidmatan data bulan ini, tapi mereka terhad kepada paket radio umum (GPRS). Tidak ada pelan dalam masa terdekat untuk menawarkan perkhidmatan 3G pada masa ini.
Sumber: Dialih bahasa daripada Business Times, 20 Ogos 2009.
Mereka kecil dan mereka sanggup mencuba segala-galanya untuk terus hidup. Mereka lapar dan mahu orang melanggan perkhidmatan mereka. Mereka tahu orang suka SMS dan membuat panggilan kepada yang tersayang.

Jadi mereka telah membuat perjanjian dengan sebuah gergasi,Telekom Berhad. Telekom memberi syarat kepada syarikat kecil ini mereka tidak boleh menjual perkhidmatan SMS lebih murah daripada mereka tetapi tidak kisah kalau caj panggilan lebih rendah daripada mereka.

Dengan ini syarikat kecil itu dapat memberi caj panggilan lebih murah daripada semua pelan biasa yang ditawarkan syarikat telco gergasi.

Bukan itu sahaja.

Mereka juga mahu MENGAJAK ANDA memberitahu kawan anda tentang mereka. Mereka mahu memberi duit mereka kepada anda. Ini juga peluang kepada anda untuk mendapat pendapatan yang selalunya operator sahaja yang dapat.
Tidak ramai yang mengetahui perkara ini. Biasanya panggilan dibuat dicaj 38 sen seminit, tetapi syarikat ini membolehkan anda dicaj lebih rendah: 32 sen seminit. Mungkin sikit, tapi jika anda ada topup RM10, anda boleh berbual selama 26 minit sahaja sekarang. Tapi program terbaru ini membolehkan anda berborak selama 31 minit. 5 minit lebih lama.

Jika anda topup RM50, anda sudah boleh bercakap selama 25 minit atau 155 minit waktu berbual.

Operator kecil lawan besar. Anda yang dapat habuannya.

Anda boleh berbual dengan orang tersayang dengan lebih lama. Inilah yang menarik tentang perjanjian antara syarikat kecil ini dengan penyedia perkhidmatan telefon bimbit gergasi. Mereka akan dapat pelanggan dengan memberikan anda perkhidmatan termurah berbanding syarikat-syarikat lain.

Tahukah anda bahawa:
  1. Pada tahun 2008, 85.1% orang Malaysia menggunakan telefon bimbit. Dengan kata lain, daripada 100 orang, 85 daripadanya mempunyai telefon bimbit. Budak kecil sekarang pun mempunyai telefon bimbit. Semasa saya berumur 12 tahun saya tidak ada langsung kemudahan ini.
  2. Dan pada tahun lepas, Malaysia mencatatkan 106.2% tembusan pasaran, iaitu 106 telefon bimbit setiap 100 orang. Tidak hairanlah jika orang memerlukan SIMkad kedua yang lebih murah untuk contact orang yang mereka sukai...
  3. Pada tahun yang sama, angka ini telah meningkat kepada setiap 100 orang mempunyai 100.8 telefon bimbit di tangan mereka. Dengan kata lain, ramai orang di Malaysia mempunyai telefon bimbit lebih daripada satu. Kawan anda, kawan adik anda, kawan kepada kawan mereka, ada yang menggunakan telefon bimbit --- dan ada yang lebih daripada satu. Ini merupakan pasaran yang besar. Mereka memerlukan operator telefon bimbit yang murah untuk kegunaan harian mereka tanpa perlu menukar nombor mereka.

Semakin ramai membeli telefon bimbit kedua mereka. Anda pula hanya perlu menawarkan SIM kad ini kepada mereka. Kenapa?

Jika kawan anda berkata dia mahu membeli handphone baru, itulah peluang anda untuk menawarkan SIMkad ini kepadanya --- peluang untuk dapat duit poket lebih dan jimat duit call.

Ini kerana sebagai pengguna Tunetalk, anda diberi satu peluang untuk anda mendapatkan peratus keuntungan sehingga 20% daripada nilai topup pengguna Tunetalk yang lain yang menggunakan Tunetalk kerana anda.

Ini bermakna anda akan mendapat sehingga 20% daripada nilai topup setiap kali mereka topup tanpa menolak nilai topup mereka walau sesen pun.

Dan anda boleh mendapat sebanyak RM2.40 seorang setiap kali mereka topup sebanyak RM40. Kawan saya topup RM10 sehari---RM300 sebulan.

Sebulan orang akan topup sekurang-kurangnya seminggu sekali, pada harga RM10 setiap kali. Jadi anda boleh dapat duit poket sebanyak RM2.40 seorang.

Tapi anda bukannya kenal seorang sahaja. Anda boleh memberi kepada kawan-kawan anda dan jika ada 10 orang menerima tawaran ini, anda dah dapat RM24, cukup untuk topup seminggu. Dan jika mereka memberitahu kawan-kawan mereka, anda juga akan mendapat pendapatan daripada mereka!

Dan perkara yang sama berlaku jika kawan anda punya kawan memberitahu rakan mereka mengenai ini. Anda akan mendapat pendapatan sampingan daripadanya.

Dahulu perkara ini kita takkan dengar. Kenapa orang guna topup, kita dapat duit? Dan bukannya topup dekat saya tapi di mana-mana sahaja tempat yang jual topup.

Sekarang, anda boleh.

Ianya bukan betapa banyak yang anda dapat, tapi berapa banyak yang anda dapat jimat duit topup melalui program ini.

Ingat kawan saya yang topup RM10 sehari itu? Dia hanya berborak dengan rakannya. Dia menggunakan pakej syarikat BIRU dan dia dikenakan caj 38 sen seminit. Tapi jika dia menggunakan Tunetalk, dia dapat jimat sehingga seratus ringgit JIKA dia menggunakan program ini. Dia juga boleh membuat duit dengannya.

Cuba lihat perbandingan berikut.
Penjimatannya kalau dikira juga banyak.

Masalah pengguna prepaid bukanlah berapa banyak duit kita dapat, tapi berapa banyak kita dapat kaut kembali daripada perbelanjaan kita.

Anda Akan Dilindungi Insurans Sehingga RM100 Ribu


Biasanya anda perlu membayar RM100 setiap bulan untuk mendapat perlindungan ini. Tetapi anda boleh mendapatkannya dengan jumlah jauh lebih sedikit. Dengan topup sahaja.

"7-Eleven dan Di mana-mana Sahaja yang menggunakan sistem ePay, Maybank2u, CIMB Clicks, e-Banking, RHB Bank."

Ada syarikat yang mahu anda mengejar orang membeli prepaid daripada anda. Tapi dengan Tunetalk-Tone Excel, anda tidak perlu begitu.

Maksudnya dia tak perlu beli top up hanya daripada anda untuk mendapat komisyen.

Tapi paling penting ialah anda boleh terus memegang nombor yang guna sekarang tanpa sebarang masalah.
Walaupun nombor anda Hotlink ataupun Celcom, anda masih lagi boleh Tunetalk.

Orang tak perlu tahu pun anda berada dalam program ini dan mereka masih lagi boleh menghubungi anda seperti biasa.

Anda juga akan mendapat pendapatan daripada program ini. Ianya mempunyai 3 tahap.

Yang pertama anda dapat 6%, kedua, 3% dan ketiga 11%. Dengan kata lain anda dapat peratusan sebanyak itu setiap kali orang topup di kedai-kedai topup.

Contoh mudah ialah jika anda bawa 5 orang menjadi pengguna kad Tunetalk Tone Excel ini dan mereka secara purata topup sebanyak RM40 sebulan (tapi kita semua tahu kita guna lagi banyak daripada itu setiap bulan).

RM40 x 6% x 5 orang = RM12.

Anda dah dapat penjimatan sebanyak RM12 sebulan. :)

Selepas itu semua kawan anda tersebut mengajak 5 orang kawan mereka menjadi pengguna Tunetalk ini dan ini imbuhannya kepada anda.

RM40 x 3% x 25 = RM30.

Anda dah hampir mencukupi kuota bulanan untuk anda berSMS dengan rakan-rakan dan orang yang tersayang... :D

Selepas itu mereka bersemangat dan mahu jadi seperti anda dan beritahu lagi 5 orang...

RM40 x 11% x 125 = RM550!

Pendapatan sampingan setiap bulan tanpa membuat apa-apa! Itu hanya permulaan sahaja... saya pasti anda akan membawa lebih daripada 5 orang masuk ke dalam program ini kerana ianya...

Anda tak perlu tukar kepada nombor lain. Guna sahaja nombor yang anda ada sekarang ini.

Perlindungan insurans oleh eTiqa sehingga RM100,000 (anda biasanya perlu bayar RM100 sebulan untuk mendapat perlindungan insurans nyawa sehingga RM50,000 sahaja...)

Reload di mana-mana tanpa sebarang halangan.7E, ATM Maybank, dan lain-lain.

Kadar panggilan lebih rendah daripada telco lain.


Setiap kali anda topup, anda akan mendapat poin. Dengan poin tersebut, anda berpeluang melancong ke luar negara secara PERCUMA menggunakan perkhidmatan AirAsia. Di bawah adalah antara tempat yang boleh anda lawati.


Anda tidak perlu mengambil risiko menukar nombor. Kebanyakan remaja dan dewasa berminat untuk mendapatkan pendapatan sampingan dan mereka juga mempunyai ramai kawan yang tidak mengetahui tentang program Tunetalk Tone Excel ini. Ini mungkin lubuk emas anda.

Inilah competitive advantage yang ada. Anda berpeluang untuk menjualnya kepada rakan-rakan yang masih tidak tahu tentang kewujudan program ini.

Di bawah adalah penerangan secara detail serta testimoni pendapatan daripada program ini.



Kesimpulannya, dengan Tunetalk, anda akan mendapat:

Dan anda boleh mendapat semua kelebihan di atas dengan hanya RM70 sahaja. Ya, RM70 sahaja. Dengan RM70, anda akan mendapat:
  1. Insurans kemalangan Etiqa Maybank secara percuma sehingga RM100,000.
  2. Mendapat  perkhidmatan internet serendah 5sen per 1MB.
  3. Mendapat kadar panggilan terendah bagi semua network di seluruh Malaysia.
  4. Anda boleh menukar no hp anda bila-bila masa di mana jua mereka BERADA.
  5. Berpeluang melancong ke luar negara dengan AirAsia secara PERCUMA setiap kali anda topup.
  6. Mendapat kadar panggilan antarabangsa paling rendah sekurang-kurangnya 10% daripada network lain.
  7. Mendapat komisyen sehingga 20% daripada nilai topup pengguna Tunetalk.
Bagaimana untuk menyertai program ini?

Mudah sahaja. Ikut arahan yang diberi apabila anda klik butang "Daftar Sekarang" di bawah.


Selain dapat jimat, kita tahu kita boleh dapat sedikit duit poket untuk kita guna hari-hari. Mana tahu kot-kot duit tersebut boleh bantu masa susah ataupun masa keluarga kita amat-amat memerlukannya. Itu merupakan nikmat tak terhingga dapat membantu keluarga kita dalam kesusahan. Pahala dapat, duit pun dapat.

Ingat: Handphone adalah satu liability tidak kira betapa canggih dan mahal harganya tapi... tidak kira semurah mana ia pun, selagi ia mampu menjana keuntungan bagi diri anda, ia adalah ASSET.

Memahami kehendak pelanggan.

Memahami kehendak pelanggan adalah amat penting dalam membuat suatu urusan atau transaksi. Bukan mudah untuk kita menangani setiap pelanggan yang kita ada. Ianya memerlukan kesabaran dan ketekunan.

Dalam hal ini, saya tidak dapat menafikan bahawa saya juga turut mengalami masalah yang sama. Perkara ini membuat saya terfikit begitu lama bagaimana cara untuk menangani masalah ini.

Saya dapati bahawa pelanggan hanya mahukan 2 perkara. Iaitu,
  1. Masalah mereka selesai.
  2.  Mereka tidak ditipu

Jika anda dapat capai kedua-duanya, anda berada di jalan yang betul.

Belajar bergembira.

Buat perkara yang kita suka dan belajar mencari hobi baru. Buat benda yang kita minat dan jangan putus asa. Senyum selalu :)

Bertindak awal.

Amat penting bagi diri kita bertindak awal. Segala dalam dunia ini berkaitan dengan persediaan dan bertindak awal. Apa yang dimaksudkan dengan bertindak awal. Bertindak awal bermaksud mengambil langkah pertama sebelum orang lain.

Ianya amat berguna terutamanya dalam bidang perniagaan. Ini kerana orang pertama yang mencapai minda seseorang akan duduk di situ dalam tempoh yang amat lama sebelum produk lain sampai. Contoh yang paling ampuh ialah Maxis. Di dalam bidang telekomunikasi di Malaysia, yang paling mempelopori bidang telekomunikasi terutamanya telefon bimbit ialah Maxis.

Kerana itulah Maxis sehingga kini mendapat tempat di dalam hati semua orang. Sebagai seorang ahli perniagaan dan sebagai seorang individu, bertindak awal bukan sahaja berguna dalam bidang perniagaan malah amat berguna dalam pembangunan diri sendiri.

Seperti bangun awal, datang awal ke kelas, datang awal ke ofis dan sebagainya. Ia bukan sahaja akan memudahkan urusan kita malah dapat meningkatkan lagi produktiviti kita.




Permainan pemikiran.


Kita sering kali tertipu dengan apa yang kita fikirkan. Kita sering menganggap bahawa kita tidak mampu melakukan apa yang sepatutnya kita mampu lakukan. Kita menganggap kita tua, tidak berdaya, tidak berguna dan sebagainya.

Sebenarnya tidak. Sebenarnya semua orang mampu mencapai impian mereka tidak kira siapa mereka. Janganlah putus asa walau apa jua keadaan sekalipun. Kadang-kadang kita memang dalam satu keadaan yang sukar tetapi itu tidak bermakna kita boleh berputus asa. Janganlah putus asa dan terus pandang ke hadapan.


Pengurusan Masa Yang Cemerlang

Pengurusan masa yang cemerlang sebenarnya bergantung pada diri anda. Tidak ada siapa yang boleh beritahu anda apa yang penting bagi diri anda. Yang penting anda tahu apa yang penting bagi diri anda dan cuba bahagikan masa untuknya. InsyaAllah anda akan berjaya.



ping websitehostgator coupons