Macam mana nak merancang perniagaan anda.

Hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan ynag tidak dapat kita duga. Dengan membuka hati kita ke arah kemajuan membolehkan kita sentiasa maju ke depan. Dan dalam setiap kemajuan perlunya perancangan. Ini kerana tanpa perancangan anda kemungkinan besar akan GAGAL.

Kata orang terdahulu, gagal merancang bermakna anda merancang untuk GAGAL.Begitulah pentingnya perancangan itu. So, macam mana nak merancang perniagaan anda. Jenis perancangan bergantung kepada jenis perniagaan dan produk apa yang anda buat. Walau apa pun, saya akan memberikan panduan umum tentang macam mana anda boleh merancang. Anda boleh gunakannya di mana sahaja anda berada dan anda juga boleh gunakannya untuk merancang kehidupan anda.
  • Tulis dalam kertas.
Menulis dalam kertas membantu anda menjelaskan lagi apa yang anda fikir dalam pemikiran anda. Jika anda gagal untuk menulis dalam kertas, maknanya anda masih tidak jelas apa yang anda hendak buat. Anda masih ragu-ragu atau anda sendiri tidak jelas akan perancangan anda. Jika anda jelas, pasti anda dapat tulis perancangan anda.


  •  Letakkan tarikh.
Tulis bila anda mahu melaksanakan perancangan anda. Amat penting untuk anda menulis tarikh kerana ia kan membantu anda fokus dan anda akan tahu apa yangperlu anda lakukan.


  • Keep it simple.
Keep it simple. Pastikan ianya mudah untuk difahami dan anda mampu melakukannya. Jangan pula anda merancang sesuatu yang anda sendiri pun tidak mampu untuk melaksanakannya. Ianya musatahi buat diri anda.

  • Berikan masa untuk diri anda.
Apabila anda membuat perancangan, anda mempunyai tendency/keinginan untuk melakukan lebih dari sepatutnya. Berilah ruang untuk diri anda. Yang paling penting sekali, dalam apa jua perancangan, berikan diri anda ruang untuk berfikir dan merancang kembali mengikut keadaan dan situasi. Yang paling penting, anda tahu apa yang anda mahu capai.


  • Pastikan anda ada matlamat untuk dicapai.
Semua perancangan akan gagal jika anda tidak mempunyai matlamat akan apa yang anda buat. Tidak ada gunanya anda merancang berbulan-bulan jika anda sendiri tidak tahu apa yang anda ingin capai.

Semoga anda berjaya dalam setiap apa yang anda buat.

No comments:

Post a Comment

ping websitehostgator coupons