Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Dengan kelebihan ini , anda boleh membuat duit. Tahukah anda bahawa ramai orang mungkin tidak tahu apa yang anda tahu. Dan anda boleh mengisinya dengan membuat buku. Ya, menulis buku tentangnya.
Sebagai contoh, anda seorang yang sangat pandai memasak. Anda boleh menulis buku tentang macam mana untuk memasak dengan betul. Malah anda boleh jadikannya sebagai guideline.
Atau anda menulis novel. Tulis sahaja pasal kisah hidup anda yang menarik. Setiap orang mempunyai kisah hidup mereka yang tersendiri. Setiap orang mempunyai kelainan dan kelebihan mereka tersendiri. Dengan mengetahui apa yang ada pada diri kita, kita boleh menggunakannya untuk dijadikan sebagai satu aset dalam kehidupan seharian kita.
No comments:
Post a Comment