Amat penting bagi diri kita bertindak awal. Segala dalam dunia ini berkaitan dengan persediaan dan bertindak awal. Apa yang dimaksudkan dengan bertindak awal. Bertindak awal bermaksud mengambil langkah pertama sebelum orang lain.
Ianya amat berguna terutamanya dalam bidang perniagaan. Ini kerana orang pertama yang mencapai minda seseorang akan duduk di situ dalam tempoh yang amat lama sebelum produk lain sampai. Contoh yang paling ampuh ialah Maxis. Di dalam bidang telekomunikasi di Malaysia, yang paling mempelopori bidang telekomunikasi terutamanya telefon bimbit ialah Maxis.
Kerana itulah Maxis sehingga kini mendapat tempat di dalam hati semua orang. Sebagai seorang ahli perniagaan dan sebagai seorang individu, bertindak awal bukan sahaja berguna dalam bidang perniagaan malah amat berguna dalam pembangunan diri sendiri.
Seperti bangun awal, datang awal ke kelas, datang awal ke ofis dan sebagainya. Ia bukan sahaja akan memudahkan urusan kita malah dapat meningkatkan lagi produktiviti kita.
No comments:
Post a Comment