Dalam membina sebuah perniagaan, amat penting bagi kita untuk sentiasa merancang perniagaan kita. Ini kerana perniagaan kita dalah merupakan salah satu sumber rezeki kita dan melaluinya kita akan memberikan makan dan minum kepada anak-anak.
Kata orang, perancangan bukan penting sebab kita bukan buat pun. Saya amat tidak bersetuju kerana buat atau tidak, itu bukan persoalannya. Persoalannya ialah betapa anda inginkan keuntungan dalam perniagaan anda. Adakah anda sayang perniagaan anda? Adakah anda betul-betul mengambil berat pada perniagaan anda?
Apa yang paling penting sekali ialah anda mestilah sentiasa mengambil berat pada perniagaan anda. Sebagai contoh anda mempunyai anak. Anda pasti merancang masa depan anak-anak anda. Anda tidak akan membiarkan anak anda begitu sahaja. Anda akan cuba memberikan yang terbaik untuk anak-anak anda kerana anda SAYANG anak anda.
Begitu juga dalam perniagaan, anda sayangkan perniagaan anda. Anda mahukan keuntungan. Maka anda haruslah merancang perniagaan anda.
No comments:
Post a Comment