Dalam perniagaan, amat penting bagi kita untuk sentiasa memberitahu pelanggan kita apa ang kita buat pada masa yang sama memberikan mereka khidmat yang terbaik.
Semua orang termasuklah saya mahukan perkhidmatan yang terbaik daripada peniaga sebab saya yang memberikan duit kepada kita.
Begitu juga dengan kita semua, semua orang mahukan perkhidmatan yang terbaik. Tapi ramai orang menganggap mereka boleh ambil duit orang lain sesuka hati mereka tanpa memberikan khidmat yang terbaik.
Ini adalah sesuatu yang amat mengarut sama sekali. Kerana itulah kebanyakan perniagaan yang baru sahaja bermula gagal dalam tempoh setahun malah ada yang lebih awal lagi. Sebabnya mereka mahu cepat kaya dan kaut duit cepat tanpa memikirkan jangka panjang perniagaan mereka.
Malah kebanyakan ahli perniagaan yang saya temui langsung tidak mempunyai perancangan dan goal dalam perniagaan mereka. Ini menyebabkan mereka kurang fokus dan mudah hilang tumpuan dan melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
Bagi mana-mana produk atau perkhidmatan sekalipun, bagi saya pemasaran yang terbaik datang daripada pelanggan itu sendiri. Ini kerana mereka merasa sendiri perkhidmatan kita maka mereka adalah testimoni terbaik bukti perkhidmatan yang kita beri adalah yang terbaik untuk memenuhi keperluan diri mereka.
Kerana itulah amat penting bagi kita untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan kita.
No comments:
Post a Comment